rata-rata ramai orang dah start bercuti la kan..
aku kerja lagi 29hb sept. start cuti 30hb sept. so, cuti 6 hari je la.
tahun ni raya pertama aku raya kat umah aku, sungai petani. raya kedua baru aku balik taiping, rumah mak mertua. eh, tahun lepas pun raya pertama aku beraya kat sungai petani gak. tahun ni pun giliran aku gak. isk, naper erk?? hmm, biasa la, aku kan gila kuasa sket. ekekeke..!!
akceli ada reason la. husband aku kerja 30hb tuh. kena kerja sampai malam. so, tak sempat la nak balik taiping malam tu gak. so, kami decide raya pertama raya kat umah aku la okeeyy..!!
hmm, lagi berapa hari ke nak raya kan? tak sabau aku. antara perkara yang aku suka bila time raya :
1) petang raya atau pun pagi raya, pergi melawat kubur arwah ayah aku. pergi bersih-bersihkan kubur dan baca doa..
2) malam sebelum raya, berkumpul ngan family aku. makan-makan, sembang-sembang. kasik riuh rendah rumah. sebab petang tu kan dah sibuk2 masak rendang, ketupat lontong, kuah kacang, serunding. perghh..!! malam raya pun dah dapat makan. best la..
3) tahun-tahun lepas, malam sebelum raya family aku selalu anjurkan aktiviti bakar mercun. ala mercun orang selalu bakar time merdeka tuh. yang bapak besar2 tuh. hehe..!!! gila sakan beraya. cuma tahun neh je tak ada, takut kena tangkap. huhu!! supplier mercun insaf sekejap..
4) time raya aku suka saudara mara, sepupu sepapat datang umah ataupun aku ziarah ke rumah diaorang. lagi boleh sembang-sembang dan makan-makan. kan lama tak jumpa..
5) time raya la time tayang baju baru. masing-masing datang melawa dengan beg, kasut baru. hehe..!! sepupu sepapat aku kan ramai pompuan, biasa lor..
5) last sekali, yang paling aku suka, aku cuti. tak payah nak fikir pasal kerja, aku memang lupakan terus. hehe..!!
additional thought : tak sabar nyer..!!
